Sabtu, 18 Julai 2009

Cilaka

Tiada lagi kata yang mampu saya ucapkan tatkala menerima berita kematian tragis mendiang Teoh Beng Hock, yang masih tidak diketahui punca beliau jatuh dari bangunan SPRM. Seorang anak muda yang penuh dengan inspirasi dan jiwa berkobar untuk berpolitik membantu rakyat - akhirnya tersungkur ketemu ajal.

Jika diimbau, kekejaman pemerintah Malaysia (baca:Umno dan BN), terhadap rakyat - seperti Peristiwa Memali, Black 14, membelasah rakyat di jalanan dan ketika dalam tahanan, ISA untuk menangkap mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah, membuktikan bahawa kerajaan Umno dan BN ini wajib digulingkan pada PRU akan datang.

100 hari DS Najib sebagai Perdana Menteri, terus dikaburi dan dibayangi dengan skandal penyelewengan dan terbaru tragedi yang menimpa mendiang Teoh. Altantuya mati tidak terbela. Istana Bali langsung tidak dicuit. Ali Rustam terus dibenar menjadi KM Melaka. Dimanakah SPRM atau Polis dalam kes-kes ini. Linggam dan Tun Dr Mahathir masih bebas walau keputusan suruhanjaya menunjukkn hal yang sebenar.

Cilakalah - SPRM dan Polis Di Raja Malaysia!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cerita alternatif Teoh dibunuh gangster DAP = http://tiny.cc/teobenghock